KUANTAN: Sebelas warga China antara 14 didenda masing-masing RM4,500 selepas mengaku salah dalam dua prosiding berasingan di Mahkamah Majistret, di sini atas pertuduhan melakukan penipuan dalam talian pada 7 dan 12 Oktober lalu.
Pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah, dengan mahkamah menetapkan penjara enam bulan setiap seorang jika gagal membayar denda berkenaan.
Pada prosiding pertama, tujuh warga China iaitu Li Jiaxiang, 37; Wang Zhidong, 32; Tai Yunxin, 35; Pang Youguang, 46; Sun Fanglei, 32; Hu Yu, 34 dan Huang Chao, 28 didakwa melakukan pakatan jahat jenayah dengan menawarkan pelaburan tidak wujud di sebuah premis di Lorong Galing 54, Off Jalan Haji Ahmad, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam, 7 Oktober lalu.









