Kuantan: Seramai 14 individu termasuk 11 warga China, masing-masing didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan penipuan secara dalam talian pada 7 dan 12 Oktober lalu.

Mereka membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah.

Mahkamah turut menetapkan penjara enam bulan setiap seorang jika gagal membayar denda berkenaan.

Pada prosiding pertama, tujuh warga China iaitu Li Jiaxiang, 37; Wang Zhidong, 32; Tai Yunxin, 35; Pang Youguang, 46; Sun Fanglei, 32; Hu Yu, 34; dan Huang Chao, 28, didakwa.