KUALA LUMPUR – Tindakan seorang ejen hartanah mengingkari arahan polis dengan mengekori kenderaan dalam konvoi yang mengiringi Timbalan Perdana Menteri mengundang padah apabila dia didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.Bryan Marc Daniel, 27, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Nurul Izzah Hasan Basri.Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara selama lapan bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai pemandu kenderaan jenis Honda CR-V telah mengingkari arahan yang diberikan oleh pegawai polis ketika melaksanakan tugas di Lebuhraya Kesas dari arah Kajang ke Subang Jaya pada jam 9.32 pagi 7 Oktober lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21(2) Akta Polis 1967 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farhanah Arul Hisham, manakala tertuduh diwakili peguam, R Karnan.Sebelum ini, media melaporkan rakaman video tular memaparkan pemandu terbabit mengekori konvoi polis yang sedang mengiringi pergerakan Timbalan Perdana Menteri dari Kajang menghala ke Pusat Perubatan Sunway di Subang Jaya.Dalam video berkenaan, seorang anggota polis yang bertugas sebagai juruiring dalam konvoi itu memberi amaran kepada pemandu SUV terbabit supaya tidak mengekori konvoi berkenaan.Bagaimanapun, lelaki itu enggan mematuhi arahan berkenaan dan terus mengekori konvoi tersebut.
Ekori konvoi TPM: Pemandu SUV didenda RM4,000

Key points
- KUALA LUMPUR – Tindakan seorang ejen hartanah mengingkari arahan polis dengan mengekori kenderaan dalam konvoi yang mengiringi Timbalan Perdana Menteri mengundang padah apabila dia didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.
- Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai pemandu kenderaan jenis Honda CR-V telah mengingkari arahan yang diberikan oleh pegawai polis ketika melaksanakan tugas di Lebuhraya Kesas dari arah Kajang ke Subang Jaya pada jam 9.32 pagi 7 Oktober lalu.
- Sebelum ini, media melaporkan rakaman video tular memaparkan pemandu terbabit mengekori konvoi polis yang sedang mengiringi pergerakan Timbalan Perdana Menteri dari Kajang menghala ke Pusat Perubatan Sunway di Subang Jaya.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Harian Metro , Harian Metro , Berita Harian , Kosmo
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Ekori konvoi TPM: Pemandu SUV didenda RM4,000 (this story)
- Harian Metro Ejen hartanah ekori konvoi TPM didenda RM4,000
- Berita Harian Ejen hartanah didenda RM4,000 ekori konvoi TPM









