Isu Waze, kerajaan tidak akan berkompromi apabila data rakyat dan kedaulatan maklumat negara diletak di bawah bidang kuasa rejim Israel

KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan keputusan melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam tidak dibuat berdasarkan asal usul teknologi semata-mata, tetapi turut mengambil kira undang-undang yang mengawal selia data pengguna.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, data adalah aset strategik negara.

Kerajaan tidak akan berkompromi apabila data rakyat dan kedaulatan maklumat negara diletakkan di bawah bidang kuasa rejim Israel yang tidak diiktiraf oleh Malaysia.