NIBONG TEBAL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang membongkar kegiatan menyeleweng minyak masak bersubsidi di stor tidak bernombor di Kampung Sanglang, di sini semalam.

Pengarah KPDN Pulau Pinang, S Jegan, berkata serbuan menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) kira-kira jam 3 petang itu menyita 6.4 tan minyak masak bernilai RM20,166 dan menahan tiga pekerja premis termasuk dua lelaki Myanmar berusia 33 hingga 65 tahun.

"Dalam serbuan itu, sebanyak 900 kilogram (kg) minyak masak peket satu kg ditemukan bersama-sama 4,000 plastik bungkusan minyak masak yang telah dipotong, selain kira-kira 5,500 kg yang disimpan di dalam enam tangki Intermediate Bulk Container (IBC).