PASIR MAS – Cubaan memindahkan 1.7 tan minyak masak bersubsidi ke dalam dua kenderaan pacuan empat roda terbongkar apabila tiga lelaki tempatan ditahan dalam operasi bersepadu di Kampung Kubang Chenak, Chetok di sini pada Rabu.Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, dalam operasi jam 3 petang itu pihaknya turut menyita dua kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dan Triton."Siasatan awal mendapati suspek dipercayai mendapatkan bekalan minyak masak bersubsidi dengan membelinya daripada pemborong sebelum mengumpulkan bekalan berkenaan untuk tujuan penyelewengan," katanya kepada pemberita pada Khamis.Ujar beliau, pemeriksaan lanjut turut menemukan enam helai invois pembelian minyak masak dan dua unit cop perniagaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan berkenaan.Jelasnya, nilai keseluruhan rampasan termasuk minyak masak serta kenderaan ialah RM69,250.Hanif Yusabra memberitahu, operasi itu dilaksanakan Unit Risikan dan Tindakan Khas (URTK) serta pasukan rondaan KPDN Kelantan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor."Kesemua minyak masak, kenderaan dan dokumen berkaitan disita bagi membantu siasatan lanjut."Kes disiasat mengikut Seksyen 20(1) dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974," katanya.
Seleweng minyak masak bersubsidi dibeli daripada pemborong

Key takeaways
Tiga lelaki ditahan kerana cuba menyeludup 1.7 tan minyak masak bersubsidi di Kelantan.
- Operasi berjaya menyita minyak masak bersubsidi dan dua kenderaan.
- Suspek dipercayai membeli minyak daripada pemborong untuk tujuan penyelewengan.
- Nilai rampasan keseluruhan ialah RM69,250.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Minyak masak peket dijual sebagai minyak terpakai
- Utusan Malaysia Kedai bundle simpan 3,383 paket minyak masak subsidi diserbu
- Sinar Harian Seleweng minyak masak bersubsidi dibeli daripada pemborong (this story)









