KANGAR – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah akan mengemukakan rayuan rasmi berhubung keputusan penggantungan keahliannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selama dua penggal pemilihan.Beliau berkata, pihaknya akur dengan keputusan Lembaga Disiplin Bersatu, namun akan mengemukakan rayuan mengikut saluran dan proses yang ditetapkan parti.Bagaimanapun, Abu Baker menegaskan penggantungan tersebut tidak menjejaskan kedudukannya sebagai Menteri Besar atau kelancaran pentadbiran kerajaan negeri yang akan diteruskan seperti biasa."Tidak ada kesan keputusan penggantungan parti dengan pentadbiran kerajaan negeri. Sesetengah pihak diminta jangan keliru dalam soal ini."Sebagai pemimpin atau ahli, soal penggantungan itu adalah urusan parti. Sebagai Menteri Besar, saya kekal meneruskan pentadbiran negeri mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis," katanya pada malam Rabu.Sebelum ini, media melaporkan keahlian Abu Bakar digantung berkuat kuasa 13 Oktober lalu susulan dakwaan melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.Perkara itu disahkan Pengerusi Bersatu Perlis, Izizam Ibrahim, selepas menerima surat bertarikh 14 Oktober yang ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan.Selain penggantungan keahlian, Abu Bakar turut dilucutkan daripada semua jawatan yang disandangnya dalam parti.Bagaimanapun, beliau diberikan tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Bersatu.Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus'sele Eizan pada Rabu dilaporkan berkata, pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.Bagaimanapun, beliau turut menyatakan kedudukan kepimpinan negeri bergantung kepada pendirian enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas di Perlis.
Digantung keahlian Bersatu: MB Perlis akan buat rayuan, pentadbiran berjalan seperti biasa

Key takeaways
Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah akan buat rayuan keputusan penggantungan keahliannya dalam Bersatu, tetapi pentadbiran negeri akan terus berjalan seperti biasa.
- Abu Bakar akan rayu keputusan penggantungan keahliannya dalam Bersatu.
- Penggantungan tidak mempengaruhi kedudukannya sebagai Menteri Besar atau pentadbiran kerajaan.
- Beliau juga dilucutkan daripada semua jawatan dalam parti.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today MB Perlis enggan komen penggantungan keahlian Bersatu
- Malaysiakini (BM) Bersatu gantung keahlian parti MB Perlis
- Sinar Harian Digantung keahlian Bersatu: MB Perlis akan buat rayuan, pentadbiran berjalan seperti biasa (this story)








