PUTRAJAYA – Ahli perniagaan, selebriti, tokoh politik dan pempengaruh media sosial antara individu yang ditahan kerana culas membayar cukai jalan dan insurans yang sah ketika menggunakan kenderaan mewah di jalan raya.Difahamkan antara sebab perkara itu berlaku ialah kerana menganggap bayaran kompaun sebanyak RM300 lebih rendah daripada memperbaharui cukai jalan dan insurans.Selain itu, ada yang memberi alasan terlupa dan pemilik kenderaan mempunyai tunggakan saman.Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, anggapan bahawa membayar kompaun lebih rendah berbanding memperbaharui cukai jalan dan insurans adalah satu kesilapan besar."Pemilik kereta ingat lebih mudah membawa kenderaan ini tanpa cukai jalan kerana kalau ditahan, mereka hanya bayar kompaun RM300 sahaja."Tetapi apabila kami mengambil tindakan menyita kenderaan itu, kami akan arahkan pemilik ini lunas dahulu bayaran cukai jalan sebelum kenderaan dilepaskan. Di sini baru timbul kesedaran," katanya kepada Sinar Harian.Mengulas lanjut tentang alasan terlupa bayar, beliau berkata, adalah satu perbuatan yang disengajakan."Alasan terlupa ini sebenarnya sangat lapuk kerana ada antara kes yang kita tahan, cukai jalan sudah tamat tempoh sejak tahun 2014. Jadi, lupa apa? Ada tahun 2020, 2021, 2022 dan 2023, jadi bagi kami ini adalah disengajakan," ujarnya.Tambah Muhammad Kifli lagi, faktor tidak perbaharui cukai dalan dan insurans kerana telah disenaraihitam kini menjadi satu trend."Ada sesetengah itu mempunyai 10 hingga 20 saman. Jadi, apabila mereka mempunyai saman lampau, kenderaan tersebut disenaraihitamkan dan tidak boleh memperbaharui cukai jalan. Inilah trend yang akhir-akhir ini dikesan."Kebanyakan saman tertunggak melibatkan kesalahan di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS). Ini yang paling banyak."Mana-mana pemilik atau pemandu yang mempunyai saman AWAS, jika tidak membayar dalam tempoh tiga bulan dan tidak hadir ke mahkamah, saman tersebut secara automatik disenaraihitamkan," ujarnya.JPJ ada senarai pemilik culasMenurut beliau, JPJ bukan berniat mencari kesalahan, sebaliknya mahu memberi kesedaran bahawa cukai jalan dan insurans sah merupakan kewajipan semua pemilik kenderaan."Sekiranya belum tertangkap, saya tegaskan di sini, JPJ sentiasa pantau, memerhati dan akan mengambil tindakan terhadap semua pemandu dan pemilik menggunakan kenderaan di jalan raya, tidak kiralah mereka itu pemandu kenderaan biasa atau mewah."Bagi Op Luxury, sebenarnya kami sudah ada senarai pemandu atau kenderaan tidak memperbaharui cukai jalan," ujarnya.Muhammad Kifli berkata, operasi penguatkuasaan dilaksanakan pihaknya secara berhemah dan tindakan bukan melalui sekatan jalan raya, sebaliknya rondaan menggunakan peralatan serta aplikasi khas."Anggota akan mengenal pasti kenderaan yang disyaki dengan melakukan pemeriksaan. Apabila didapati cukai jalan dan insurans tamat tempoh, kenderaan ini akan dihentikan di tempat selamat dan kesal
Pemilik kenderaan mewah sengaja culas

Key takeaways
Pemilik kenderaan mewah ditahan kerana tidak bayar cukai jalan dan insurans, dengan anggapan kompaun RM300 lebih murah.
- Pemilik kenderaan mewah sengaja tidak bayar cukai jalan dan insurans.
- Mereka menganggap kompaun RM300 lebih murah daripada memperbaharui cukai jalan.
- Pihak berkuasa menganggap alasan terlupa adalah tidak sah dan disengajakan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian JPJ Melaka sita 36 kenderaan mewah bernilai RM12 juta
- Harian Metro 36 kenderaan mewah disita JPJ Melaka
- Sinar Harian Pemilik kenderaan mewah sengaja culas (this story)








