LATAR belakang sebagai jurutera tidak menghalang Farrah Wahida Saari, 36, menceburi bidang kraf polimer sehingga berjaya menjadikannya sebagai sumber pendapatan menerusi Craftykats Clay.
Wanita dari Kampung Batu Gajah, Mukim Ayer Hangat, Langkawi itu yang memiliki Ijazah Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), kini mengusahakan kraf berasaskan polimer secara sepenuh masa selepas meninggalkan kerjaya kejuruteraan pada 2022.
Tanpa pendidikan formal dalam seni atau reka bentuk, Farrah Wahida mengasah kemahiran secara kendiri sejak 14 tahun lalu dan kini mampu menghasilkan pelbagai karakter manusia mengikut permintaan pelanggan.
Lebih membanggakan, perniagaannya kini menerima tempahan dari seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei.









