BERMULA dari Akademi Fantasia (AF) 2016 hingga kini, diam tak diam perjalanan karier nyanyian Ara Johari, 29, dalam industri sudah memasuki usia sedekad, dan ada saat jatuh bangun dilaluinya.
Tidak menduga mampu mempertahankan bakat dan nama dibina, Ara mengakui dia enggan mengalah serta mudah kecewa apabila ada lagu-lagu dinyanyikannya tidak diterima pendengar.
"Selama 10 tahun ini, pelbagai ujian pernah saya lalui sebagai anak seni. Sebenarnya sangat berat juga buat saya kerana ada naik turun, jatuh bangun dan semuanya saya lalui dengan bertahan.
"Bagaimanapun, apa yang saya ada sekarang ini tetap masih belum di tahap yang benar-benar selesa. Terus-terang, saya akui belum lagi berasa sudah berada pada kedudukan cukup kukuh.









