KUALA LUMPUR: Pengisian perjawatan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bakal dilaksanakan secara berfasa dalam tempoh lima tahun.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata perkara itu juga bergantung kepada kelulusan pengukuhan perjawatan baharu, proses pengambilan serta penempatan anggota.

Setakat 23 September lalu, jumlah keseluruhan perjawatan AKPS adalah 8,403 dan ia masih belum memadai untuk pengoperasian secara optimum bagi mengawal keseluruhan 123 pintu masuk negara.

"AKPS masih melalui fasa pengukuhan organisasi susulan pelaksanaan pengambilalihan fungsi kawalan, pemeriksaan, pelepasan dan penguatkuasaan di pintu-pintu masuk negara secara berfasa daripada agensi-agensi teras.