PETALING JAYA – Pasukan Jabatan Tangan dan Pembedahan Mikro Hospital Selayang berjaya menyambung semula kedua-dua tangan seorang pesakit yang terputus akibat kemalangan di tempat kerja menerusi pembedahan kompleks.
Lebih membanggakan, kecederaan melibatkan kedua-dua tangan terputus amat jarang berlaku dengan pembedahan seumpama itu dilaporkan hanya sekitar dua hingga tiga kes dalam tempoh 30 tahun di pusat-pusat perubatan utama dunia.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Hospital Selayang pula berjaya merekodkan tiga kes seumpama itu dalam tempoh 18 tahun, sekali gus mencerminkan tahap ke









