Kuala Lumpur: Pemandu BYD Seal berusia 24 tahun yang terbabit dalam kemalangan enam kenderaan sehingga meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Jalan Kuching, di sini, Sabtu lalu, berdepan tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret esok.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pemandu berkenaan ditangkap di Hospital Damansara pada jam 11.30 pagi tadi, sejurus selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Beliau berkata, pemandu itu kemudiannya dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 12.30 tengah hari tadi.