KUALA LUMPUR: Pelabuhan Klang memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur, penambahbaikan ketersambungan dan kecekapan kos bagi meningkatkan daya saingnya sebagai antara hab perdagangan dan logistik utama di rantau ini.

Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang, Datuk Kapten K. Subramaniam, berkata pelabuhan itu kini merupakan pelabuhan kontena tersibuk ke-10 di dunia selepas melalui pembangunan infrastruktur selama beberapa dekad serta usaha berterusan memenuhi keperluan pasaran, khususnya syarikat perkapalan, pengeksport dan pengimport.

"Walaupun kami bertanggungjawab terhadap infrastruktur pelabuhan, prestasi pelabuhan hanya dapat dipertingkat jika infrastruktur sokongan turut tersedia, khususnya sistem jalan raya, landasan kereta api dan perkhidmatan lori.