Jakarta: Polis Indonesia menamakan 11 syarikat sebagai suspek dalam siasatan berhubung kebakaran hutan dan tanah yang masih berjalan, dengan tiga daripadanya adalah syarikat yang menerima pelaburan asing, menurut agensi berita negara, Antara.

Ketua Polis Negara Indonesia, Jeneral Suyudi Ario Seto, enggan mendedahkan nama syarikat terbabit, namun berkata siasatan berjalan tanpa halangan besar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat penuh Kabinet di kompleks Istana Presiden di Jakarta, pada Rabu.

Katanya, pihak yang perlu bertanggungjawab bukan hanya entiti korporat terbabit.