Kuala Lumpur: "Saya bukan mengubah (bahagian wajah) tapi buat sebab nak perbaiki kesilapan." Demikian reaksi Prince Syed, 34, atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman ketika diminta mengulas berkenaan video terbaru dimuat naiknya yang seolah-olah memberi bayangan dia melakukan pembedahan plastik.

Menjelaskan hal sebenar, Prince Syed menafikan melakukan pembedahan plastik untuk mengubah bentuk wajahnya. Sebaliknya, bengkak pada wajah seperti dalam video dikongsikan itu adalah kesan prosedur membuang minyak silikon pada wajah yang dijalankan di sebuah klinik dekat Negeri Sembilan, pada Isnin lalu.

"Saya pernah buat suntikan filler pada wajah sekitar 2012 dan 2013 kerana terpengaruh dengan rakan ketika bergelar model satu ketika dulu.