SINGAPURA: Harga minyak meningkat lebih AS$1 setong hari ini selepas serangan terbaharu kumpulan Houthi di Arab Saudi mencetuskan kebimbangan terhadap peluasan konflik dan gangguan bekalan dari Asia Barat.
Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat AS$1.93 atau 1.77 peratus kepada AS$110.75 setong pada 0442 GMT, manakala minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat (AS) naik AS$1.43 atau 1.47 peratus kepada AS$98.58 setong.
Brent ditutup hampir tidak berubah pada Rabu, manakala WTI susut 67 sen.
"Harga minyak kekal kukuh, dengan penanda aras Brent ICE kembali melepasi AS$110 setong pagi ini susulan serangan maut terbaharu ke atas Arab Saudi," kata penganalisis ING dalam satu nota hari ini.








