KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengetengah muka baharu, di samping calon berwibawa dan berpengalaman bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata senarai calon gabungan berkenaan akan dimuktamad menerusi mesyuarat khas sebelum diumumkan dalam masa terdekat.
Abang Johari berkata, terdapat wakil rakyat yang memilih untuk tidak meneruskan khidmat mereka pada penggal akan datang.
"Apa yang saya boleh ceritakan di sini ialah ia akan menampilkan gabungan calon berpengalaman dan muka baharu.








