Melaka: Menjelang pengumuman nama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok, sekurang-kurangnya tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dijangka digugurkan daripada senarai dalam percaturan yang turut menyaksikan beberapa muka baharu berpotensi diberi peluang bertanding.

Mereka yang disebut-sebut tidak dicalonkan semula ialah EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri yang juga Pengerusi MIC Melaka, Datuk VP Shanmugam; EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri merangkap Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Kalsom Nordin dan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Ketika ini, Shanmugam menyandang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek, Kalsom (Pengkalan Batu) dan Rahmad (Ayer Molek).