Austin: Lewis Hamilton menyambut baik keputusan Formula Satu (F1) kembali ke Afrika, malah mengakui sanggup memanjangkan karier perlumbaannya bagi merealisasikan impian beraksi di Grand Prix (GP) Rwanda.
Juara dunia tujuh kali berusia 41 tahun itu berkata demikian menjelang GP Amerika Syarikat (AS) hujung minggu ini, selepas F1 mengumumkan perjanjian 10 tahun untuk mengadakan perlumbaan di Rwanda bermula awal 2030-an, sebaik litar baharu dibina.
Kali terakhir Afrika menjadi tuan rumah perlumbaan F1 ialah GP Afrika Selatan di Johannesburg pada 1993, ketika Hamilton baru berusia lapan tahun.
Pemandu Ferrari itu yang sekian lama menyuarakan hasrat melihat F1 kembali ke Afrika, bagaimanapun mengakui kebimbangan mengenai situasi di Rwanda perlu diberi perhatian.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fimage1_394035.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)