KUALA LUMPUR – Sanggup berhabis RM6,000 untuk melakukan pengubahsuaian pada motosikal bagi menjadi laju sehingga mampu mencecah hampir 200 kilometer sejam (km/j).

Itu pengakuan seorang lelaki berusia 21 tahun yang ditahan dalam operasi samseng jalanan di Jalan Ampang, di sini awal pagi tadi.

Lelaki yang bekerja sebagai pembantu peribadi itu berkata, motosikal Yamaha Y15 miliknya itu baru selesai diubah suai dua hari lalu.

“Saya habis kira-kira RM6,000 untuk ubah suai motosikal ini. Saya buat sebab minat dan mahu kepuasan sendiri,” katanya ketika ditemui di sini.