Kinta: Status sebagai remaja orang kurang upaya (OKU) autistik bukan penghalang buat Aryan Rayqal Abadi Mohd Shaiful Rizal atau Aryan untuk bergiat aktif dalam sukan ekuestrian.

Sebaliknya, Aryan, 14, yang juga anak sulung daripada dua beradik bertuah kerana mendapat sokongan penuh daripada ibu bapa hingga dia mampu menyerlahkan potensi dirinya.

Bapanya, Mohd Shaiful Rizal Mohd Saed, 41, berkata, dia dan isteri, Siti Nur Syahuda Abd Karim, 40, tiada pengetahuan mengenai autisme namun berusaha mencari maklumat berkaitan selepas Aryan dilahirkan.

"Jujurnya, saya 'koyak' juga bila dapat tahu keadaan Aryan tapi tak boleh sedih terlalu lama kerana memikirkan keadaan anak.