KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengetengahkan muka baharu di samping calon berwibawa dan berpengalaman bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pengerusi GPS itu berkata, senarai calon gabungan berkenaan akan dimuktamadkan menerusi mesyuarat khas sebelum diumumkan dalam masa terdekat.
Abang Johari berkata, terdapat wakil rakyat yang memilih untuk tidak meneruskan khidmat mereka pada penggal akan datang.
“Apa yang saya boleh ceritakan di sini ialah ia akan menampilkan gabungan calon berpengalaman dan muka baharu.








