PETALING JAYA – Tindakan tidak bertanggungjawab membuang bayi yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen di Abdullah Hukum, di sini mengundang pelbagai reaksi sedih dan kemarahan orang ramai di media sosial.
Rata-rata orang ramai meluahkan rasa simpati terhadap nasib bayi berkenaan, malah ada yang mempersoalkan tindakan individu terbabit sedangkan masih ramai pasangan mengharapkan kehadiran cahaya mata.
“Kalau tak nak pun jangan buang, bagi kepada mereka yang memerlukan dan mahu mengambil anak angkat,” komen zuraennnn.
Seorang lagi pengguna, beedeepee28 turut meluahkan rasa sedih kerana masih ramai pasangan yang menanti zuriat.









