PUTRAJAYA: Pengumpulan dan pemprosesan data berkaitan aplikasi navigasi Waze di Israel antara isu keselamatan siber yang dibangkitkan kerajaan, selain persoalan bidang kuasa perundangan sekiranya berlaku pertikaian berkaitan aplikasi itu.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu berdasarkan maklum balas Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) yang disampaikan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum dibawa ke Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN).
Jelasnya, isu terbabit antara faktor kerajaan memutuskan untuk melarang penggunaan aplikasi berkenaan berkuat kuasa serta-merta terutama membabitkan penjawat awam.
"Perkara yang dimaklumkan turut membabitkan pengumpulan data, pemprosesan data berkait aplikasi terbabit yang dibawa ke Israel. Itu isu besar yang dibangkitkan.








