Kuala Lumpur: Malaysia masih melaksanakan misi pencarian 54 rakyat negara ini yang gagal dihubungi ekoran tragedi banjir kilat di Rasuwa, Nepal, 26 Ogos lalu.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, biarpun operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah dihentikan kerajaan Nepal namun pencarian itu masih dilaksanakan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu dengan kerjasama kerajaan tempatan di Nepal dan pos pendakian sepanjang laluan di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, menerusi maklumat di pos pendakian, lokasi terakhir kebanyakan rakyat Malaysia 'hilang' dikenal pasti berada di laluan yang terjejas dengan bencana itu.
"Malaysia masih melakukan misi pencarian biarpun kerajaan Nepal ketika ini, sudah memasuki fasa pemulihan.










