KUALA LUMPUR: Misi pencarian rakyat Malaysia yang gagal dihubungi susulan banjir kilat di Rasuwa, Nepal masih diteruskan biarpun operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan kerajaan negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pencarian dilaksanakan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu dengan kerjasama kerajaan tempatan di Nepal dan pos pendakian sepanjang laluan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, menerusi maklumat penjejakan di pos pendakian, lokasi terakhir kebanyakan rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi dikenal pasti berada di laluan yang terjejas dengan kejadian terbabit.

"Malaysia masih melakukan misi pencarian biarpun kerajaan Nepal ketika ini sudah pun memasuki fasa pemulihan. Kita masih menghubungi pos pendakian dan menjejaki laluan rakyat Malaysia.