R Manivannan pada sidang media selepas bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Parlimen.KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan membawa cadangan bantuan kepada keluarga 54 rakyat Malaysia yang masih hilang susulan bencana banjir di Nepal untuk dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat ini.
Jurucakap dan penyelaras Malaysia Solidarity Families in Hope (MASFIH), R Manivannan berkata perkara itu dimaklumkan dalam pertemuan pihaknya dengan Anwar di Parlimen, hari ini.
"Kabinet juga akan membincangkan pelantikan seorang menteri penyelaras bagi memastikan keperluan keluarga terjejas dapat ditangani secara tersusun,” katanya pada sidang media selepas bertemu Anwar di Parlimen.
Manivannan berkata dalam pertemuan itu, MASFIH menyerahkan cadangan setebal 29 muka surat kepada perdana menteri yang menggariskan sembilan keutamaan.








