KUALA LUMPUR: Selain TuJu, ada lebih 10 aplikasi navigasi lain yang boleh digunakan oleh pengguna jalan raya di negara ini, termasuk 'City Mapper' dan 'GrabMaps'.
Pengasas Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (RSEA), Jamil Manan Supri berkata, pengguna jalan raya di Malaysia mempunyai banyak pilihan navigasi yang boleh digunakan bagi menggantikan Waze.
Katanya, antara aplikasi yang boleh diguna pakai adalah Google Maps, 'PINTAZ', 'HERE WeGo', 'Apple Maps', 'TomTom', 'Sygic GPS Navigation', 'OsmAnd', 'Petal Maps', 'Moovit' dan 'Organic Maps'.
Bagaimanapun, katanya, peralihan daripada penggunaan Waze kepada aplikasi alternatif perlu disertai penilaian teknikal dan keselamatan bagi memastikan kebolehpercayaan maklumat laluan serta keselamatan pengguna jalan raya tidak terjejas.









