KUALA LUMPUR – Sebanyak 18 syarikat menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM795,509.01 menerusi Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman berkata, pengiktirafan yang diberikan kepada syarikat berkenaan bukan sekadar simbolik, sebaliknya bagi menghargai komitmen sektor korporat menjadikan zakat sebagai sebahagian daripada tanggungjawab dalam perniagaan.
“Dari sudir Islam, kejayaan yang sebenar turut membawa tanggungjawab untuk berkongsi rezeki dan memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh golongan yang memerlukan.
“Di sinilah terletaknya hikmah zakat perniagaan di mana ia menyatukan kemajuan ekonomi dengan kepedulian sosial,” katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan Pembayar Zakat Perniagaan di sini, hari ini.










