BATU PAHAT: Anggota polis berpangkat Lans Koperal didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan gagal hadir bertugas selama 26 hari berturut-turut tanpa sebab munasabah.
Tertuduh, Milven Jainis, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.
Dia didakwa mengikut Seksyen 86(1) Akta Polis 1967 (Akta 344) gagal hadir bertugas dari 1 hingga 26 September lalu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, di sini.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 12 bulan.










