PETALING JAYA – Aplikasi navigasi, TuJu sedang menjalani penambahbaikan sistem bagi memberikan pengalaman perjalanan yang lebih baik.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, sepanjang tempoh itu, fungsi navigasi akan terganggu sementara.

“Namun, paparan televisyen litar tertutup (CCTV) dan fungsi lain yang tersedia masih boleh digunakan seperti biasa,” katanya.

Sebelum ini, aplikasi navigasi tersebut menjadi tumpuan ramai selepas kerajaan memutuskan untuk melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze yang berpangkalan di Israel dalam kalangan anggota perkhidmatan awam