PETALING JAYA – Tindakan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan menyampaikan pesanan kepada pemimpin Indonesia berhubung isu jerebu dalam bahasa Jawa mendapat sokongan rakyat negara jiran.
Rakaman ucapan Kalam di Dewan Rakyat semalam tular sehingga ke Indonesia dengan rata-rata pengguna media sosial di republik berkenaan berterima kasih kepadanya kerana menyuarakan masalah jerebu yang turut membelenggu rakyat mereka.
Ada di antara mereka malah menyifatkan wakil rakyat Malaysia itu seolah-olah mewakili suara rakyat Indonesia sendiri dalam mendesak tindakan lebih serius menangani kebakaran hutan dan jerebu










