SEBERANG PERAI – Pemandu lori merekodkan jumlah tertinggi dikesan menggunakan dadah menerusi operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang sepanjang tahun ini, dengan keseluruhan 38 kes penggunaan bahan terlarang dikenal pasti.

Pengarah JPJ negeri, Zulkifly Ismail berkata, selain pemandu lori, kes turut melibatkan pemandu kenderaan persendirian dan pemandu bas.

Menurutnya, tiga kes terbaharu dikesan dalam operasi bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Stesen Penguatkuasa JPJ Valdor, malam tadi.

Tiga individu yang didapati positif dadah itu terdiri daripada pemandu bas