WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam berkata AS boleh menamatkan perangnya dengan Iran sekarang tetapi mahu memastikan hasilnya berkekalan, lapor Anadolu Ajansi.
"Ia akan berakhir tidak lama lagi. Kami boleh tinggalkan (Iran) sekarang, namun kami mahu memastikan (hasil daripada perang) bertahan lama," kata Trump pada perhimpunan di Carolina Selatan.
Beliau turut mendakwa bahawa Tehran 'tidak akan mempunyai senjata nuklear'.
Katanya, AS mempunyai sekatan di Selat Hormuz yang digelar beliau sebagai 'Selat Trump'.










