Brussels: Dua lelaki yang digelar 'Pemotong Jari' dan 'Escobar Brazil' menjadi tumpuan perbicaraan kes penyeludupan kokain antarabangsa di Belgium selepas didakwa mengetuai organisasi jenayah yang disyaki menyeludup sehingga 45 tan dadah itu ke Eropah.
Memetik laporan The Guardian, Flor Bressers, 40, warga Belgium yang memiliki ijazah kriminologi dari Free University of Brussels (VUB) dikenali dengan gelaran the Finger Cutter, manakala rakan sekutunya, Sérgio Roberto de Carvalho, 68, warga Brazil, digelar the Brazilian Escobar.
Kedua-duanya didakwa mengetuai operasi penyeludupan kokain dari Peru dan Bolivia melalui Brazil sebelum dadah itu dihantar merentasi Lautan Atlantik untuk diedarkan di Eropah dan wilayah lain.








