BATU PAHAT: Pekarangan Mahkamah Majistret di sini, menjadi tumpuan media dan orang ramai pagi ini bagi mengikuti perkembangan kes pembunuhan pelajar perempuan, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng pada 3 Oktober lalu.
Beberapa ahli keluarga Irene Sofiya dan orang awam dilihat berada di pekarangan mahkamah seawal jam 8 pagi bagi mengikuti dengan lebih dekat kes berkenaan.
@bharianmy Kes bunuh Irene Sofiya: Rakan sekelas didakwa pagi ini #beritaditiktok
Suspek yang juga pelajar lelaki berusia 16 tahun dijadualkan dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Irene Sofiya atau lebih mesra dipanggil Fiya.









