'Disiplin bukan kekejaman' - Majistret denda RM200 guru tampar pelajar
KOTA BHARU: Seorang majistret mempertahankan keputusan mengenakan denda RM200 terhadap seorang guru yang mengaku bersalah menampar pelajarnya sehingga menyebabkan kecederaan Mei tahun lalu.
Majistret Vinoshen Raveentharan berkata, guru berkenaan, Abdull Ropor Fakir Muhammad Khan, 57, tidak bersalah kerana menegur pelajar yang gagal mematuhi peraturan sekolah, namun cara teguran itu dilakukan adalah salah.
Beliau berkata, tertuduh yang bertugas sebagai guru disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh didapati menampar pelajar terbabit selepas beberapa kali menegurnya berhubung rambut panjang yang tidak mengikut peraturan sekolah.









