SEPANG: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berdepan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 selepas didakwa atas pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada dua anggota polis, semalam.
Bagaimanapun, Mohd. Shuhaily mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap dua pertuduhan itu di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Mohd. Shuhaily, 54, didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan kepada Mohamad Faiz Saman di antara pukul 1.27 tengah hari hingga 1.35 tengah hari berhampiran Kaunter J, Aras 5, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kua






