CYBERJAYA - Penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati melanggar arahan larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze yang berkuat kuasa serta-merta, kata Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin.Beliau berkata, pelaksanaan arahan yang dikeluarkan menerusi surat edaran Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar itu dipantau secara rapi pada peringkat kementerian dan agensi oleh ketua jabatan masing-masing.ARTIKEL BERKAITAN: Larangan Waze: Tiada kompromi terhadap sebarang risiko keselamatan melibatkan Israel - MKNPenjawat awam dilarang guna Waze, bimbang ancaman Israel - PMKerajaan galak rakyat guna navigasi TuJu, ganti WazeLarangan Waze hanya untuk penjawat awam, tidak terpakai kepada orang ramai - GobindGangguan TuJu: LLM, PCSB giat pulih, tambah baik sistem"Arahan ini terpakai serta-merta, daripada segi pelaksanaan arahan ini, ada caranya, tetapi secara umumnya kita serahkan kepada ketua jabatan masing-masing."Tetapi apa pun, pelanggaran mana-mana arahan oleh KSN, ia membawa implikasi dari sudut tindakan disiplin," katanya dalam taklimat mengenai isu-isu semasa keselamatan negara di sini pada Khamis. Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh warga perkhidmatan awam segera menghentikan penggunaan Waze bagi memastikan data pergerakan tidak terus dieksploitasi pihak luar.Selain itu, Raja Nushirwan berkata, kerajaan mengambil pendekatan berfasa berteraskan pendidikan awam, demi mengimbangi antara tuntutan keselamatan data negara dan hak kebebasan memilih rakyat.Beliau berkata, langkah untuk tidak mengenakan sekatan serta-merta ke atas aplikasi itu, bertujuan memberi kefahaman secukupnya kepada masyarakat mengenai risiko keselamatan sebelum membuat keputusan sendiri."Bagi pihak kerajaan, kita kena sentiasa mengimbangi isu-isu keselamatan dengan isu-isu hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan juga kebebasan memilih."Dengan cara yang kita ambil ini, kita serahkan kepada rakyat Malaysia untuk memilih secara sendiri," katanya dalam taklimat mengenai isu-isu semasa keselamatan negara di sini pada Khamis. Beliau berkata, keberkesanan pendekatan dilaksana ini akan dinilai dari semasa ke semasa, sebelum sebarang pertimbangan atau tindakan susulan diambil pada masa hadapan mengikut keperluan keselamatan semasa.Raja Nushirwan berkata, tindakan tergesa-gesa mengharamkan aplikasi berkenaan dikhuatiri memberi isyarat negatif terhadap ekosistem pembangunan aplikasi lain dan sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara secara menyeluruh."Kita mengambil pendekatan berfasa, ini yang pertama dan kita akan menilai sejauh mana ia berkesan. Selepas itu, kita akan lihat sama ada tindakan lanjut diperlukan atau sebaliknya."Kalau kita terus mengambil langkah untuk ban Waze, signal yang diberikan dalam konteks pembangunan aplikasi-aplikasi lain dan alat-alat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pun mungkin terjejas," katanya.Dalam pada itu, b