KUALA LUMPUR - Malaysia terus memperkukuh kedudukan selaku peneraju kewangan Islam global apabila kekal di tangga teratas dunia dalam pembangunan sektor itu, menurut laporan Petunjuk Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) 2026.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, pencapaian itu menyaksikan Malaysia berjaya mengatasi 139 negara lain yang turut dinilai dalam laporan berkenaan.Katanya, kejayaan tersebut disokong oleh pertumbuhan pasaran modal Islam yang mencecah RM2.7 trilion pada akhir 2025 bersamaan kira-kira 64 peratus daripada keseluruhan pasaran modal negara."Dalam sektor perbankan, pembiayaan perbankan Islam telah merangkumi kira-kira 48 peratus daripada jumlah keseluruhan pembiayaan di Malaysia pada 2025."Angka ini membuktikan bahawa kewangan Islam bukan lagi sekadar alternatif, sebaliknya telah menjadi komponen utama dalam sistem kewangan negara," katanya dalam ucapan ketika merasmikan Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam ke-19 di sini pada Khamis.Zulkifli berkata, momentum positif itu berterusan pada tahun ini dengan penerbitan sukuk global Malaysia bernilai AS$1.5 bilion (RM6.12 bilion) pada Julai lepas telah berjaya menarik tempahan pelabur melebihi AS$9.5 bilion (RM38.78 bilion), iaitu bersamaan lebihan langganan sebanyak 4.7 kali."Kejayaan ini mencerminkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kedudukan kewangan Malaysia serta daya tarikan instrumen kewangan Islam negara," katanya.Bagi mengekalkan trajektori berkenaan, beliau menggariskan cabaran utama sektor itu pada masa ini, iaitu memastikan pertumbuhannya terus dipacu inovasi, daya saing dan nilai syariah, selain menggalakkan pasaran modal yang mampan demi kesejahteraan rakyat."Cabaran lain termasuklah mendepani ledakan teknologi dan dunia digital, isu geopolitik, geoekonomi, krisis tenaga global, perubahan iklim, konflik serantau dan krisis kemanusiaan yang berlaku di seluruh dunia," katanya.Zulkifli turut memberi penekanan bahawa dalam konteks kewangan Islam, kejayaan tidak seharusnya diukur berdasarkan pertumbuhan aset, jumlah keuntungan atau kedudukan pasaran semata-mata."Ia juga harus berdasarkan sejauh mana institusi kita mampu memperluas akses kepada pembiayaan, memperkasakan perusahaan kecil, mengurangkan ketidaksamaan ekonomi dan membantu golongan memerlukan," katanya.Zulkifli berkata, kerajaan akan terus memberikan sokongan kepada industri kewangan Islam dalam negara bagi memastikannya terus berkembang. - Bernama
Malaysia kekal peneraju kewangan Islam dunia

Key points
- KUALA LUMPUR - Malaysia terus memperkukuh kedudukan selaku peneraju kewangan Islam global apabila kekal di tangga teratas dunia dalam pembangunan sektor itu, menurut laporan Petunjuk Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) 2026.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, pencapaian itu menyaksikan Malaysia berjaya mengatasi 139 negara lain yang turut dinilai dalam laporan berkenaan.
- Katanya, kejayaan tersebut disokong oleh pertumbuhan pasaran modal Islam yang mencecah RM2.7 trilion pada akhir 2025 bersamaan kira-kira 64 peratus daripada keseluruhan pasaran modal negara.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Ekosistem kewangan Islam Malaysia perlu berubah
- Berita Harian Labuan IBFC kini antara 50 pusat kewangan terbaik dunia
- Harian Metro Takhta juara dunia kekal milik Dubois
- Sinar Harian Malaysia kekal peneraju kewangan Islam dunia (this story)









