London: Daniel Dubois mempertahankan gelaran heavyweight Persatuan Tinju Dunia (WBO) selepas menewaskan rakan senegara, Fabio Wardley menerusi kemenangan technical knockout (TKO) pada pusingan kedua dalam pertarungan ulangan kejuaraan dunia yang berlangsung sebelah pihak, awal pagi tadi.
Juara berusia 29 tahun itu mempamerkan aksi agresif sejak loceng permulaan dibunyikan di O2 Arena, London. Wardley, 31, tumbang selepas hanya 17 saat apabila pukulan lurus tangan kanan Dubois menjatuhkannya ke kanvas.
Wardley berjaya bangkit dan melepasi kiraan pengadil, namun dia hampir ditamatkan pada penghujung pusingan pertama selepas menerima asakan bertubi-tubi ketika terperangkap di tali gelanggang. Loceng penamat pusingan menyelamatkannya daripada kekalahan lebih awal.









