JOHOR BAHRU: Seorang nelayan warga Indonesia yang ditemukan hanyut sehingga ke perairan Pulau Tioman, Pahang, telah selamat dihantar pulang ke negara asalnya oleh Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru, semalam.
Pegawai Pelaksana Fungsi Konsular 3 KJRI Johor Bahru, Dhania Afini Lestari berkata, perkara itu dijayakan dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang selepas pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa.
“Apabila mamgsa berjaya diselamatkan, dia diberi bantuan pemeriksaan kesihatan serta bantuan penginapan sementara dan bekalan logistik.
“Proses penghantaran pulang dilakukan dengan mangsa diiringi APMM Pahang dan diserah kepada pihak berkuasa sempadan Indonesia di titik sempadan perairan kedua-dua negara pada pukul 5 petang,” katanya menerusi kenyataan, di sini semalam.








