Kuala Lumpur: "Saya tak fikir hanya kerana bergelar artis, kena duduk (tinggal) rumah kondominium atau banglo.
"Biarlah orang nak cakap apa pun kerana yang penting, saya selesa dengan kehidupan saya," kata penyanyi, Aiman Tino, 28, atau nama sebenarnya Muhammad Aiman Yusri ketika berkongsi kisahnya sanggup membeli 'rumah busuk' sebagai kediaman pertama untuk didiami bersama isteri, Che Syarah Haifa Che Isa, 27.
Bercerita lanjut, Aiman berkata, rumah teres setingkat di Kuala Kubu Bharu, Selangor itu dibeli secara terus dengan pemilik asal dengan harga RM200,000.
Menurutnya, keadaan dalam dan luar rumah tiga bilik tidur itu agak teruk kerana banyak kerosakan perlu dibaiki.









