Rio de Janeiro: Pemain tenis Brazil, Joao Fonseca mengumumkan tidak akan beraksi dalam baki musim 2026 berikutan kecederaan yang masih belum pulih sepenuhnya.
Fonseca, 20, tidak mendedahkan jenis kecederaan yang dialaminya, namun dia terlepas saingan Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada Ogos lalu akibat kecederaan abdomen.
"Selamat sejahtera semua, saya ingin berkongsi perkembangan mengenai baki musim ini. Seperti yang anda saksikan, saya tidak menyertai siri kejohanan Asia bagi memberi tumpuan kepada pemulihan.
"Perancangan asal saya adalah untuk kembali beraksi dalam siri kejohanan Eropah. Namun, selepas berbincang dengan pasukan, saya menyedari bahawa saya masih belum bersedia sepenuhnya untuk bersaing pada tahap yang saya inginkan.









