Paris: Polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan belantan terhadap penunjuk perasaan di bandar raya Paris, Lyon dan Strasbourg di Perancis yang membantah pada hari bantahan kenaikan kos sara hidup di seluruh negara, kata Kementerian Dalam Negeri pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pertempuran awal berlaku ketika bantahan diadakan di seluruh Perancis. Di Marseille, penunjuk perasaan cuba menceroboh balai polis dan menjarah kedai, kata Kementerian Dalam Negeri.

Kira-kira 100 orang ditahan kerana membawa senjata dan barangan larangan lain, menurut pihak berkuasa polis Paris.

Presiden Perancis Emmanuel Macron pada malam sebelumnya menggesa orang ramai supaya mengadakan perhimpunan secara aman.