ISTANBUL: Perikatan pimpinan Arab Saudi di Yaman, memaklumkan, semalam bahawa pasukannya memintas dan memusnahkan empat dron, lapor Anadolu Ajansi.
"Kami telah memintas dan memusnahkan empat dron dalam tempoh beberapa jam lalu di wilayah Riyadh, Timur dan Selatan," kata jurucakap Turki al-Maliki menerusi hantaran di platform media sosial X.
Yaman kian terjerumus dalam konflik sejak Kumpulan Houthi menawan ibu negara Yaman, Sanaa serta beberapa wilayah lain pada 2014.
Keadaan itu mendorong pakatan yang dipimpin Arab Saudi campur tangan pada 2015 bagi menyokong kerajaan yang diiktiraf antarabangsa.









