New Delhi: Sekurang-kurangnya 17 orang maut dalam insiden rempuhan pada satu festival keagamaan di utara Kolkata, negeri Benggala Barat, India, lapor Anadolu Ajansi yang memetik kenyataan pihak berkuasa.

Insiden itu berlaku di sebuah binaan sementara yang menempatkan patung Dewi Durga sempena festival Durga Puja.

Menurut kenyataan polis, rempuhan itu berlaku pada sebelah malam akibat kesesakan orang ramai yang mengunjungi binaan sementara berkenaan ketika hujan. Semua mangsa yang cedera berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital.

Ketua Menteri Benggala Barat Suvendu Adhikari berkata, selain mangsa yang terkorban, seramai 25 individu cedera dalam kejadian itu.