BERBAKI kira-kira dua minggu sebelum penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 31 Oktober ini, rundingan antara parti politik bertanding dilaporkan rancak berlangsung untuk memutuskan senarai calon dan kerusi bakal ditandingi.
Fokus pasti tertumpu kepada perkembangan penjajaran politik membabitkan kerjasama rasmi antara Barisan Nasional (BN) dengan Perikatan Nasional (PN), manakala Pakatan Harapan (PH) dengan BERSATU menerusi strategi pakatan elektoral.
Apa pun bentuk kerjasamanya, isu agihan kerusi bakal menjadi agenda utama.
BN mengesahkan bakal bertanding di 21 Dewan Undangan Negeri (DUN), namun apakah ia kekal di kebanyakan kerusi atau ada kawasan tertentu bertukar dengan rakan kerjasama daripada PAS?









