Kuala Terengganu: "Saya terkejut dan menangis tengok adik terbaring atas jalan, masih terbayang-bayang lagi kejadian itu," kata Muhammad Idham Najmi Mohd Asizol, 14, abang kepada Muhammad Atihff Zriqqiz, 8, yang maut dirempuh lori ketika mengambil bola, semalam.
Pelajar Tingkatan Dua sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Tengku Ismail berkata, dia tidak menyangka rutin bermain bola di halaman rumah pada setiap petang berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa adiknya.
Katanya, sebelum kejadian, dia bersama mangsa dan seorang lagi adiknya Muhammad Ammar Najwan, 12, bermain bola di kawasan berpagar di halaman rumah kira-kira jam 3 petang.
"Selepas kira-kira 15 minit bermain, bola yang ditendang terpelanting keluar dari kawasan rumah ke seberang jalan.








